Sunday, 15 September 2013

Vietnam dan Emas

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera..Moga anda berada dalam keadaan sihat di samping keluarga dan rakan taulan di hujung minggu ni..Luang kan masa dengan yang tersayang, sebab mereka lah tunjang kekuatan kita =)

Ok, kali ni saya nak bercerita sedikit mengenai 1 kajian kes mengenai emas dalam kehidupan..Pernah kah anda membaca atau terdengar cerita mengenai perang vietnam (1955-1975) ??




Antara detik-detik peperangan di Vietnam

Kembali pada cerita asal..Jadi, apa yang boleh di kaitkan dengan peperangan ini? Jawapannya, ramai penduduk dan rakyat vietnam melarikan diri ke negara lain..Mereka menjual kesemua tanah, tanaman, rumah dan ternakan semata-mata untuk membeli emas, kerana mereka tahu emas mempunyai nilai tidak kira kemana sahaja mereka bawa.

Pelarian Vietnam melarikan diri ke negara luar.

Setelah mereka membeli emas, barulah mereka melarikan diri bersama-sama emas tersebut. Mereka tahu bahawa dengan emas yang mereka miliki ini, mereka boleh memulakan hidup baru tidak kira dimana mereka berada. Cuba kita bayangkan, sekiranya rakyat vietnam ini membawa wang kertas negara mereka dengan jumlah yang besar dan kemudian mereka melarikan diri ke negara lain..Adakah bernilai duit mereka di negara lain?? sudah pasti tidak..Sebab itu lah pentingnya ILMU EMAS..

Jenis emas yang di bawa pelarian vietnam

Emas Kim - Thanh, antara emas yang di bawa pelarian.

Jadi, adakah anda sedar, bahawa duit yang kita pegang kini tidak mempunyai harga? lihat sahaja bila kita melancong ke luar negara..Kita tukarkan wang ringgit kita dengan mata wang negara tersebut, begitu kecil mata wang kita, sehinggakan kita terpaksa mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak sekiranya kita melancong ke negara yang maju.. =)

No comments:

Post a Comment