2013..Tahun di mana ramai orang dah mula nak start main emas..maklum la..harga turun tergolek-golek..dari harga tertinggi 1900USD/oz (RM200/gram) tahun 2011 hingga 1200USD/oz (RM126/g) !! pada bulan jun 2013..turun sampai RM74/g..kalau 10g..tak ke RM740 !!..anda boleh melihat harga emas di sini kitco.com..
graf harga emas (spot gold) tahun 2011
graf harga emas (spot gold) tahun 2013 dari januari hingga ogos
Sebab tu jgk la saya pun mula berjinak-jinak dalam dunia emas ni..hehe..kire baru main jgk la =) ..tp insyaAllah, sekiranya tiada halangan, anda dan juga saya boleh meraih sedikit rezeki / side income dari emas.. Saya telah pun mengkaji dan mempelajari mengenai Ilmu Emas ini sekian lama..dan sekarang masih lagi mencari Ilmu Emas..Ilmu tak kan hilang di dunia kecuali orang tersebut tidak menurunkan ilmu dan meniggal dunia begitu sahaja..
Jadi,amik peluang untuk mempelajari ilmu emas ini..dan saya mewujudkan blog ini adalah dengan niat untuk berkongsi mengenai ilmu emas dengan anda semua..kita sama-sama berkongsi ilmu kerana saya percaya, ilmu adalah perkara baik, dan berkongsi Ilmu Emas ini adalah perkara baik untuk menjana pendapatan serta mengukuhkan keewangan kita =) .
Jadi, sebelum kita terjun dalam dunia emas ini, saya nak berkongsi sedikit..ramai yang bertanya pada saya, macam mana main emas ni? susah x? bila boleh start beli emas? sekarang sesuai x beli emas?
Jawapan saya senang je..bergantung pada NIAT seseorang itu..dalam dunia emas ini, ada 2 kelompok manusia, dan niat mereka lain-lain..
kelompok pertama :
- ingin menjadikan emas tersebut sebagai pelindung harta
- ingin menjamin kuasa membeli 10-20 tahun akan datang
kelompok kedua :
- ingin menjana pendapatan sampingan dari emas
- ingin mengukuhkan pendapatan / keewangan supaya dapat membeli emas lagi
Kedua- dua kelompok ini mempunyai niat yang berlainan..
kelompok pertama jatuh dalam kategori niat untuk MENYIMPAN
![]() |
emas untuk pelaburan |
..kelompok kedua pula jatuh dalam kategori niat untuk PELABURAN .
Jadi, tetap kan niat anda..kerana lain niat lain cara permainannya..INGIN SAYA INGATKAN pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa sederhana / panjang...sekiranya anda INGIN menjana pendapatan bulanan (pasif income) ini bukan lah satu pelaburan yang efisen..Renung-renungkan dan tetapkan niat anda terlebih dahulu agar anda dapat fokus sehingga berjaya..good luck =)
No comments:
Post a Comment