Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..Doa ku pada hari ini agar anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan mohon di buka pintu rezeki kita, InsyaAllah =)
Inflasi..apakah inflasi?? selalu kita dengar di radio mahupun kita lihat di kaca tv mengenai inflasi..Tapi tidak ramai yang tahu apakah itu inflasi dan apekah kaitan inflasi dengan emas..Ini adalah Ilmu Emas yang sangat berharga yang perlu kita ambil tahu keran kita sedang mengalaminya !!.
Secara ringkasnya, inflasi adalah kemorosotan nilai matawang..Hal ini berlaku di sebabkan oleh beberapa faktor, dan faktor terbesar adalah, wang kertas di cetak begitu banyak tanpa had dan peredaran ekonomi semasa
![]() |
Proses mencetak duit tanpa had |
Apabila wang dicetak begitu banyak, nilainya akan jatuh..Untuk pemahaman yang senang..Apa yang boleh kita perolehi dengan RM50 sekarang berbanding 10 tahun dahulu?
![]() |
Tak penuh troli pun !! |
Sekarang anda faham dengan apa yang saya maksudkan..Ok, mari kita ambil negara yang teruk dilanda inflasi sehingga hari ini..Negara tersebut adalah negara Zimbabwe, mereka telah mencecah HYPERINFLASI !!
Perkara ini berlaku kerana pemimpin negara tersebut iaitu Presiden Robert Mugabe bertindak mencetak duit kertas terlalu banyak tanpa mengikut peredaran ekonomi semasa..Akibatnya, kadar inflasi negara itu mencecah 5,000,000,000,000,000,000,000 % !!!!!!
Apabila berlaku hyperinflasi seperti ini, duit kertas hanyalah sekeping kertas sahaja, tidak lagi mempunyai nilai..Mereka terpaksa mencetak duit kertas yang nilainya beratus kali ganda angkanya berbanding duit kertas kita..Mereka telah mencetak duit kertas yang bernilai 100 BILLION !!! tapi apa yang boleh kita dapat dengan duit yang bernilai 100 billion ini di negara mereka?? Jawapannya...lihat gamba di bawah..
![]() |
100 billion zimbabwe dollar = 3 biji telur |
![]() |
Banyaknya nombor pada harga kasut mereka |
![]() |
100 trillion dollar terpaksa di cetak, baru boleh beli kasut di atas..hehe |
Rasanya sudah cukup saya bercerita tentang hyperinflasi yang berlaku di Zimbabwe sehingga SEKARANG.
Persoalan yang bermain di fikiran anda sekarang..Adakah negara tercinta kita, Malaysia mengalami masalah inflasi?? Jawapannya
Kejadian hyperinflasi yang berlaku di Malaysia adalah pada zaman pemerintahan Jepun. Secara ringkasnya saya ceritakan, pada zaman penjajahan jepun, mereka menguatkuasakan penggunaan wata wang jepun. Malangnya rakyat kita pada masa itu adalah kerana jepun mencetak wang kertas ini sesuka hati supaya mereka dapat membeli apa sahaja..Kemudian mata wang tersebut di naikkan lagi jumlahnya supaya pihak jepun dapat membeli alat-alat ketenteraan mereka, mereka tidak sedar bahawa harga barang juga turut naik setelah mereka mencetak duit tersebut, ini menyebabkan ramai rakyat kita tidak mampu membeli dan hanya makan ubi kayu sahaja..
![]() |
Mata wang Jepun yang digunakan di Tanah Melayu |
Harap anda mendapat sedikit sebanyak ilmu dari posting kali ini..Untuk pengetahuan anda, cerita dan maklumat mengenai inflasi ini adalah TUNJANG utama kenapa emas menjadi sangat berharga..
EMAS ADALAH PENYIMPAN KEKAYAAN SEBENAR !!!
p/s : sekiranya anda ingin membeli emas, anda boleh klik DI SINI atau anda boleh hubungi saya terus dengan SMS atau media sosial, whatsapp dan we chat =)
No comments:
Post a Comment