Ramai orang bertanyakan kepada admin..Macam mana nak mula main emas? macam mana cara nak main emas ni?..Jadi, sebelum admin menjawab kesemua persoalan tu, admin akan tanya balik kepada mereka..Apa yang mereka mahukan dari emas? Ini berkait dengan post admin yang pertama, mengenai niat..Boleh klik di sini
Jadi, post kali ini, admin ingin ceritakan dengan lebih terperinci mengenai niat-niat tersebut...Dalam permainan emas ini terdapat 3 cara..iaitu :
Saver

Investor
Trader
Ketiga-tiga kategori ini mempunyai peranan dan strategi yang berlainan..Admin akan terangkan satu persatu..
1) Saver
Saver = Menyimpan.
Dari perkataan menyimpan itu sendiri anda sudah boleh faham caranya..Anda boleh membeli emas tersebut tidak kira pada bila masa dan tidak kira berapa harganya kerana tujuan anda membeli adalah untuk menyimpan, mungkin setahun, 2 tahun, 3 tahun atau lebih..Maka tidak perlu risau atau tunggu harga emas betul-betul berada pada paras yang rendah..Dari segi strategi, tiada strategi khusus dalam kategori ini, anda hanya perlu beli, simpan dalam jangka masa pnjang, dan jual apabila harganya sudah balik modal dan untung..Admin berikan contoh dan case study :
Pada tahun 2002, anda membeli syiling kijang emas 1 oz sebanyak 8 keping dengan harga RM 9952..
![]() |
Kijang emas 1 oz |
Kemudian anda menyimpan syiling emas kijang emas tersebut sehingga tahun 2007, dan pada masa itu, harga bagi sekeping syiling kijang emas berharga RM 2351..Jadi jumlah kesemua adalah
RM 2351 x 8 keping = RM 18808.00 !!!
perbezaan harga adalah RM 8856 !!! ini bermakna anda telah untung sebanyak RM 8856..berbaloi tak? hehehe..
2) Investor
Investor = Melabur
Kategori ini adalah kategori yang paling diminati oleh ramai orang..Kerana pulangannya yang agak lumayan tetapi bergantung kepada jumlah yang di laburkan..Ramai orang bertanya kepada admin, berapa modal yang diperlukan untuk melabur? Admin akan tanya balik kepada mereka..Berapa modal yang mereka ada? Tepuk poket, tanya selera =) ..Tapi, apa yang boleh admin katakan, dan menjawab persoalan mereka adalah,produk yang harganya paling rendah adalah 1 dinar, maka anda boleh lah memulakan pelaburan anda dengan 1dinar..
Dari segi strategi pula, kategori ini memerlukan strategi dan skill yang banyak serta pengalaman yang meluas mengenai market emas dunia..Anda juga perlu tahu selok belok graf teknikal dan cara untuk menganalisis graf teknikal..Selain itu, anda juga perlu mengambil kira berita-berita dan isu-isu semasa yang berkaitan yang berlaku di dunia..Senang cerita, kalau nak untung lebih, kena korban lebih =) ..maksudnya, banyak perkara yang anda perlu korbankan..masa, wang, tenaga..demi mempelajari ilmu pelaburan dari pakar-pakar pelabur..Tetapi, skill paling basic yang perlu ada untuk menjadi pelabur adalah :
Ya..maksud gambar di atas ialah..Anda perlu membeli emas pada harga rendah..dan menjualnya semula pada harga tinggi..

![]() |
Contoh graf teknikal |
3) Trader
Trader = Berniaga
Nak berniaga apa? Berniaga emas la jawabnya..hehe..jawapan senang dari admin apabila ada orang bertanyakan soalan itu..sama juga macam kita berniaga dikedai-kedai, pasar malam, cuma dengan emas ini, anda tidak perlu la menyediakan stall di pasar malam, nanti kena samun susah pula, admin jadi mangsa, hehe..Tapi kalau dapat buka kedai emas, woww..untungnya berlipat kali ganda..hehe
Strategi untuk berniaga / untuk jadi trader ni senang je..Sekiranya ada pelanggan yang ingin beli emas, anda jualkan padanya..dan sekiranya ada yang ingin menjual emas, anda beli darinya..Senangkan? Tapi, dalam mana-mana perniagaan sekalipun, kita perlu mempunyai modal..Contoh :
Ada seorang pelanggan ingin menjualkan 5 dinar miliknya, dan kita sebagai peniaga, ingin membeli darinya..Tapi, manakan mahu proses jual beli itu dapat di selesaikan, sebab kita tidak mempunyai wang untuk membeli balik emas itu dari pelanggan tersebut..Anda faham dengan maksud admin kan?? Tapi ada caranya =)
Caranya bagaimana? begini caranya..
Sekiranya ada pelanggan ingin menjual emasnya kepada kita dan kebetulan pada masa itu kita tidak mempunyai wang, kita boleh lah pergi ke ar-rahnu dan memajak emas milik kita kepada ar-rahnu..dan duit pajak tersebut kita beli emas pelanggan tersebut..Kemudian ada orang bertanya admin..macam mana nak tebus balik emas kita di ar-rahnu?? jawapannya..emas yang kita baru sahaja beli dari pelanggan tadi kita simpan sehingga harga jual semula dapat memberi pulangan modal dan untung kepada kita dan sekaligus dapat membayar semula duit pajak + duit upah ar-rahnu..Contoh :
Ali (nama samaran) ingin menjual jongkong emas 50g nya kepada anda, harga emas (harga jual, sekiranya Public Gold,rujuk di PG BUY) pada ketika itu adalah RM 7000..Dan anda tidak mempunyai wang pada ketika itu..maka, anda pergi ke ar-rahnu, anda pajak emas milik anda sehingga mendapat RM 7000..sebagai contoh, anda memajak jongkong 100g anda, dan wang pajakan yang anda terima adalah RM9750..Maka anda boleh membeli emas dari pelanggan tersebut..
Selepas anda membeli emas tersebut, kini dalam tangan anda, anda mempunyai jongkong 50g + RM2750 (RM9750 - RM7000)..Apa yang perlu lakukan sekarang? anda hanya perlu tunggu harga emas naik sehingga harganya mampu membayar semula duit pajakan serta upah ar-rahnu..kemudian anda jual jongkong 50g itu dan anda tebus semula emas 100g milik anda di ar-rahnu =)
![]() |
Gold trading =) |
Sekian, sedikit sebanyak ilmu yang boleh saya kongsikan bersama anda..bagi admin,Ilmu lebih bernilai dari emas..maka, belajarlah mengenai Ilmu Emas..
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi admin melalui SMS, Whatsapp dan We Chat..Dan sekiranya anda ingin membuat tempahan emas di Public Gold, anda boleh klik di sini..Atau anda ingin lebih senang, hubungi admin,nnt admin akan tolong anda untuk membuat tempahan =)
Moga anda berjaya dalam hidup anda, InsyaAllah =)
No comments:
Post a Comment