Monday, 9 September 2013

Belian emas Public Gold secara online

Assalamualaikum dan saya doakan anda berada dalam keadaan sihat sejahtera =)

Wah..tak sabar-sabar dah nak beli emas..hehe..apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada anda..kerana anda telah melakukan perkara yang sepatutnya iaitu mengambil langkah untuk membeli emas..dan terima kasih kerana anda memilih emas keluaran Public Gold..Post kali ini saya akan terangkan bagaimana caranya untuk anda membuat order produk keluaran emas Public Gold..terdapat beberapa cara yang fleksibel mengikut kemampuan anda..antaranya :


1) Kaedah Online..terus membuat 'Place Order" di laman web Public Gold, anda boleh klik DI SINI ..

di sini saya sertakan panduan untuk register bagi mereka yang  pertama kali  membuat belian di PG

i) Buka laman web Public Gold, anda boleh klik di sini..kemudian pergi kebahagian 'Order'



klik untuk besarkan
ii) pergi ke bahagian 'Register'


iii) Anda perlu mengisi butiran-butiran yang terdapat di situ






iv) satu email akan dikirim dari PG di dalam inbox email anda..anda perlu klik link tersebut bertujuan untuk mengaktifkan akaun anda


Setelah selesai..Kini tiba masanya untuk anda membuat pembelian..Caranya :
1) pergi ke laman web Public Gold..
2) pergi ke bahagia 'order'
3) masukkan 'username' anda dan 'password'
4) masukkan security number
5) klik login button.


pergi semula bahagian order dan anda dapati terdapat 'place order' kemudian klik di situ



kemudian anda akan dapati satu term of sale..anda hanya perlu scroll ke bawah dan klik butang 'I agree'



Kemuadian, anda akan ke page yang dinanti-nantikan..order placement..
Anda hanya perlu klik di kawasan 'quantity' kemudian masukkan kuantiti produk yang anda mahu..PASTIKAN kuantiti anda betul..


Pada bahagian Payment option, terdapat 2 kaedah yang boleh anda pilih iaitu Full Payment (bayaran penuh) atau pun Easy Payment Purchase (bayaran secara ansuran 4 bulan).

Jika anda memilih 'Easy Payment Purchase', anda hanya perlu membayar 25% daripada nilai belian sebulan selama 4 bulan. Untuk kaedah ini anda akan dikenakan kos pengurusan 0.5% daripada nilai belian emas (dibayar pada bulan pertama sahaja).



Lihat contoh pembelian secara Easy Payment Purchase di bawah.
Saya telah membeli jongkong emas 100 gram dengan nilai RM16,928.00.
Bayaran bulanan ialah RM4232.00.
Admin Fee ialah RM85.00 (sekali bayar sahaja)
Jumlah keseluruhan (harga emas + Admin fee) ialah RM17,013.00.
Pada bulan pertama saya perlu membayar RM4317.00 (RM4232.00 + RM85 Admin Fee)
Manakala bulan kedua sehingga keempat saya cuma membayar RM4232.00 sahaja.




Kos pengangkutan

kos pengangkutan di kenakan sekiranya anda mengambil (collect) stock anda di luar kawasan Pulau Pinang..KECUALI KESEMUA produk  DINAR..Produk dinar tidak mempunyai kos penghantaran sekiranya anda collect stock luar dari kawasan Pulau Pinang.




Setelah selesai membuat tempahan..anda hanya perlu tekan 'submit' ..kemudian anda akan menerima CSO (customer sales order) seperti di bawah


Setelah anda mendapat CSO ini...Public Gold akan menghantar satu lagi CSO dalam masa 24jam ke dalam inbox email anda,CSO kali ini adalah CSO yang muktamad..Anda boleh melakukan pembayaran setelah mendapat CSO muktamad ini...

Setelah anda membuat pembayaran..anda perlu fax atau email kan resit anda kepada Public Gold..segala butiran mengenai nombor akaun bank, nombor fax dan juga email boleh di dapati pada CSO..Sertakan sekali nombor CSO anda (CSO xxxxx) dan juga code anda

Kini anda hanya perlu menunggu email dari PG yang menyatakan pembayaran anda telah di terima, kemudian, anda boleh menelefon branch yang anda nyatakan semasa order untuk menanyakan stock..sekiranya stock masih ada, anda boleh trus pergi mengambil stock tersebut..sekiranya tiada, anda perlu tunggu dalam 3-4 hari sahaja...Pastikan resit pembayaran di bawa bersama ketika mengambil stock..

Sekian..salamat membeli =)





No comments:

Post a Comment