Hari ini saya nak kongsi sedikit mengenai emas fizikal di kedai emas..info ini saya dapat dari salah seorang otai / orang lama dalam pelaburan emas fizikal ini..
1) Pertama sekali perkara yang perlu kita amik kira adalah syarikat atau kedai yang menjual emas fizikal ini..kalau boleh, cari lah kedai emas yang kukuh / stabil sebagai contoh, Poh Kong, Habib Jewel dan lain-lain..
Punca kenapa kita perlu memilih kedai emas yang sesuai adalah kerana, jaminan untuk mereka membeli balik emas kita..kerana ada sesetengah kedai tidak menerima / membeli emas kita setelah kita membeli emas tersebut dari mereka..
2) Kemudian, perkara kedua yang perlu kita teliti adalah produk emas tersebut..untuk pelaburan, di galakkan untuk membeli emas jenis gold bar, dinar, syiling emas..bukan barang kemas tidak boleh di jadikan instrumen pelaburan, tetapi terdapat beberapa kelemahan barang kemas emas di dalam pelaburan, sebagai contoh, barang kemas emas mempunyai spread yang sangat tinggi..hinggakan 20%..spread ini menjadi tinggi kerana kos upah tukang untuk membuat barang kemas tersebut..
sebolehnya, cari lah emas yang ketulenannya 999 (24K)..
![]() |
Produk gold bar keluaran Poh Kong..Bunga raya |
3) tanya dahulu kedai emas tersebut..adakah mereka akan membeli balik emas tersebut pada masa akan datang? ini untuk menjamin emas yang kita beli dapat di jual semula..kebiasaannya kedai emas akan meminta kita tunjukkan bersama resit pembelian ketika hendak menjual semula emas tersebut.
4) tanya kepada mereka, berapa potongan harga (susut nilai / spread) sekiranya kita menjual semula emas tersebut..kebiasaan dalam 10% hingga 15%..sekiranya kita menjual barang kemas emas, susut nilainya boleh mencecah 24%
5) sekiranya anda ingin membeli emas tersebut dengan kad kredit, berapakah surcharge yang akan di kenakan.
Pastikan anda menyoal dan mengambil data yang lebih terperinci mengenai apa yang di nyatakan di atas, kemudian anda perlu membandingkan dengan kedai yang lain supaya anda mendapat nilai yang minimum untuk membeli emas tersebut..
Kebaikan membeli di kedai emas.
1. Kedai emas biasanya senang nak cari dan berdekatan dengan tempat tinggal anda. Berbeza dengan pembelian syiling emas Kijang Emas yang cuma boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja.
2. Boleh beli after office hour. Tak seperti membeli emas di bank yang opis hournya dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang, kedai emas kadang-kadang buka sampai pukul 10 malam.
3. Boleh beli pakai emas kat sana pakai kad kredit. So mudah sket kalau takder cash in hand kalau nak beli emas kat bank kena pakai cash.
4. Dapat emas fizikal. Boleh pegang. seronok. Boleh gi gadai kalau sesak-sesak nak pakai duit
5. kalau pandai tawar menawar, boleh dapat diskaun sket.
Antara Kelemahan beli emas di kedai emas.
1. Kalau beli kat kedai emas yang tak de brand name, mungkin dia akan tutup dan pergi ke tempat lain. Nanti susah nak jual balik.
2. Harga akan dipotong antara 10% ke 15% daripada harga semasa. Berbanding Kijang Emas yang cuma ditolak 3.1% – 3.2%.
Moga dengan ilmu yang tidak seberapa ini,dapat menolong anda..
No comments:
Post a Comment