Saturday, 14 September 2013

Kelebihan DInar

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..moga anda berada dalam keadaan sihat walafiat dan mampu melakukan kerja harian tanpa sebarang masalah dan kesukaran..Moga Allah membuka pintu rezeki kita semua, insyaAllah..

Dinar...apa itu dinar?? duit ke?? emas ke?? tulen ke?? mana nak dapat??

Pelbagai persoalan yang timbul apabila saya menceritakan mengenai dinar kepada rakan-rakan saya..Di sini kita boleh lihat bahawa ramai lagi antara kita  tidak mengetahui  mata wang Islam yang di perkenalkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi..

Dinar (emas) dan dirham (silver) merupakan mata wang dari zaman dahulu lagi..mata wang ini adalah mata wang yang paling hebat di dunia dan tiada yang dapat tandinginya..kenapa saya mengatakan ia terhebat..kerana dengan dinar, kita dapat MENGEKALKAN kuasa membeli..apa itu KUASA MEMBELI?? saya beri kan contoh yang popular..

Pekara ini telah di ceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada 'Urwah yang bermaksud :

"(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata : "Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing". Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudia aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata : " Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu".

Rasulullah bertanya : Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata : "Ya Allah, berkatilah perniagaanya"

Ok...anda faham dari hadis tersebut? sekarang mari kita lihat pada masa kini..persoalan...adakah MAMPU kita membeli seekor kambing dengan 1 dinar pada masa kini ??? Jawapannya....



YA....

Ada penternak kambing yang menerima dinar untuk ditukarkan dengan seekor kambing. Salah seorang penternak kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan seekor kambing pada harga 1 dinar.

Dengan 1 dinar, anda bolehh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kg..anda boleh mendapatkan detail dari blog ini klik disini

Itu kisah kambing..sekarang saya berikan contoh lain pula..

Pada tahun 2000..saya membeli rumah dengan harga RM100 000..sekiranya saya menyimpan DUIT FIAT RM100 000 itu sehingga hari ini...adakah saya mampu membeli rumah yang sama pada tahun 2000 tersebut dengan harga RM100 000 pada masa kini?? Mustahil kan?? 

Bagaimana pula, saya menukarkan duit fiat yang bernilai RM100 000 itu kepada bentuk emas..anda rasa, mampukah saya membeli rumah yang sama pada tahun 2000 itu pada tahun ini?? jawapannya....YA...

Kerana sifat emas adalah KALIS INFLASI..dengan kata lain, lebih lama kita menyimpan emas, lebih tinggi harganya..

Jadi...dimana saya boleh dapat dinar ini?? Di negeri Kelatan, mereka mengeluarkan produk dinar mereka sendiri..anda boleh bertanya kepada kawan-kawan anda yang berada di Kelantan..selain itu, Public Gold juga menawarkan produk dinar..antara produk-produk dinar adalah..1 dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 10 dinar..juga terdapat produk silver iaitu 10 dirham..

Koleksi 5 dinar



















Produk dinar keluaran Public Gold beserta susut nilai / spread















Jadi..bagaimana anda ingin membeli dinar ini..anda boleh klik disini ..Moga anda mendapat sedikit sebanyak ilmu mengenai emas =)

No comments:

Post a Comment