Di Public Gold (PG) terdapat beberapa cara yang mudah dan fleksibel untuk membuat tempahan emas..Di sini saya terangkan cara-cara tersebut..
1) melalui kaedah online..memandangkan keadah ini agak panjag, maka saya lampirkan kaedah tersebut di post yang lain dan anda boleh lihat kaedah tersebut DI SINI
2) melalui SMS..begini caranya :
Proses membeli emas melalui SMS dimulakan dengan proses lock harga. Memandangkan harga emas Public Gold berubah setiap 20 minit, anda perlu kunci harga emas mengikut harga emas seperti yang tertera di laman web Public Gold.
Proses:
i. Mula-mula anda lihat berapa harga semasa emas @ produk yang anda ingin beli di www.publicgold.com.my
ii. Kedua, anda taipkan sms di dalam format seperti ini:
![]() |
Format mesej..contoh mesej seperti mesej kedua |
Saya, nama anda mengikut IC, Nombor IC anda, Email anda danNombor HP anda, ingin lock, item yang ingin anda beli x berapa unit @ RM(harga semasa dalam website Public Gold). Introducer: Zul Hilmi Abdul Hamid, PG035307
Introducer adalah mereka yang memperkenalkan anda dengan PUBLIC GOLD..maka dalam kes ini, saya lah introducer anda =)
Selepas itu anda hantar SMS ini kepada nombor H/P Branch yang berhampiran dengan anda:
anda juga boleh klik di sini untuk mendapatkan nombor telefon bimbit / handphone cawangan berhampiran..
Peringatan :
- Sekiranya anda menghantar pesanan ringkas (SMS) ini ketika waktu bekerja, pihak Public Gold (PG) akan menelefon anda untuk mengesahkan order tersebut.
- Setelah pengesahan dibuat, pihak PG akan menghantar sales order (SO) ke email anda
- Sekiranya anda menghantar pesanan ringkas ini selepas waktu bekerja, pihak PG akan menelefon anda hari berikutnya, dan sekiranya hari berikutnya cuti, maka mereka akan menelefon anda pada hari bekerja.
3) Order dengan panggilan telefon
-> Isnin - Jumaat jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
-> Sahtu jam 9.00 pagi hingga 1 tengahari
-> Ahad pejabat tutup
Bagaimana cara untuk order melalui kaedah telefon? mudah sahaja..Anda hanya perlu menelefon cawangan Public Gold yang berhampiran dengan anda dan nyatakan niat anda untuk membuat order kepada mereka.
Nombor telefon cawangan anda boleh lihat di sini ..
Setelah anda memberitahu tujuan anda untuk order, pihak PG akan memberi tahu harga semasa produk yang anda inginkan dan sekiranya anda bersetuju, anda boleh melakukan proses lock harga (staff akan lock kan, anda hanya perlu beritahu setuju atau tidak) kemudian pihak PG akan memintan anda beberapa butiran untuk membuat proses lock iaitu nama anda,i.c,hp dan nama introducer anda, iaitu saya ZUL HILMI ABDUL HAMID, PG code = PG 035307. Kemudian pihak PG akan menghantar S.O ke email anda..Selesai..
Tips berharga yang perlu anda tahu:
1. Jika talian sedang sibuk, sila telefon sampai dapat. Mungkin waktu itu ramai orang tengah order. Jangan kecewa, teruskan usaha dengan gigih.
2. Jika tak dapat juga, telefon ke cawangan lain untuk buat order, tetapi beritahu mereka yang anda nak collect order berkenaan di cawangan yang berhampiran dengan anda. Contohnya anda dari Ampang, tetapi tak dapat telefon cawangan Ampang kerana mereka sibuk dan engage ajer. Jadi anda boleh telefon cawangan Kajang atau Senawang atau Melaka atau Ipoh, tetapi anda maklumkan kepada cawangan tersebut yang anda mahu ambil stok di cawangan Ampang.
3. Kalau tak boleh jugak, order ajer melalui sms atau online. Sebab itu saya tunjukkan tiga kaedah membeli produk Public Gold.
No comments:
Post a Comment