Wednesday, 25 September 2013

Merancang Strategi

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...Saya doakan moga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera dan mudah-mudahn pintu rezeki kita sentiasa terbuka =)

PELABURAN

Apa yang perlu kita lakukan sebelum melakukan pelaburan ?? Jawapan yang paling tepat ialah :




Ya..MERANCANG..itu lah perkara pertama yang perlu kita lakukan sebelum memulakan pelaburan..Tidak kira apa jua jenis pelaburan, emas fizikal, hartanah, saham dan lain-lain..Seperti pepatah mengatakan, 

" Tidak ada orang yang merancang gagal, tetapi ramai orang yang gagal merancang "


Ini adalah perkara yang benar, dimana perancangan yang sempurna dan teliti akan membawa kita kepada kejayaan. Ada diantara kita tidak mempunyai perancangan, mungkin di sebabkan mereka mengikut kawan ataupun mengikut trend terkini tanpa mempelajari sedikit sebanyak dengan apa yang mereka ingin lakukan. 




Kebanyakkan orang gagal di dalam pelaburan disebabkan oleh 2 faktor, iaitu 2T :

1) TAKUT
2) TAMAK

Di dalam pelaburan emas, harga emas yang bergerak naik turun seperti bukit bukau dan gunung ganang disebabkan oleh 2 faktor tersebut..Bagaimana ianya terjadi? Apabila orang melihat graf semakin menurun, mereka akan menjual semula emas yang mereka ada kerana TAKUT harga emas akan terus turun..Dan apabila harga emas naik, mereka akan terus menunggu harganya naik kerana TAMAK dan kemudian, graf terus jauth membuatkan mereka terlepas peluang..Bak kata pepatah

" Orang tamak selalu rugi "

Jadi, antara perkara yang perlu kita memberi perhatian untuk melaksanakan perancangan yang teratur dan sempurna adalah :

      • Membuat analisis dasar dan juga analisis secara teknikal
      • Menetapkan matlamat anda
      • Membuat perancangan pelaburan yang munasabah
      • Menyediakan rekod catatan
      • Menyusun strategi
      • Berdisplin
Moga dengan sedikit panduan di atas, kita menjadi seorang yang lebih sistematik dan juga tergolong dalam orang yang merancang..Mudah-mudahan kita berjaya mengecapi kejayaan dari perancagan yang kita laksanakan dari awal..InsyaAllah =)


Tuesday, 24 September 2013

Harga semasa 24 September 2013

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Mari-mari..borong emas..hehe..harga makin jatuh..

Harga terkini 24 sept 2013

Apakah sebab berlakunya penurunan harga yang mendadak ini? Adakah berbaloi untuk melabur dalam emas fizikal ? Jawapannya

Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan harga emas naik dan turun..Seperti yang kita tahu, harga emas berkadar songsang dengan nilai matawang (matawang USD kerana harga emas didagangkan menggunakan USD) jadi, secara tidak lansung, kita tahu sekarang ini nilai matawang adalah berada dalam keadaan stabil dan kukuh..Itu lah yang menyebabkan harga emas kian menurun..Tapi sampi mana harganya turun? Menurut beberapa tokoh pelaburan dunia dan Malaysia, mereka meramalkan bahawa harga emas pada tahun ini boleh turun sehingga 1290USD/oz !!...Tapi ini hanyalah ramalan..Kerana tiada seorangpun di dunia ini yang tahu sebenar-benarnya pergerakan harga emas..Bagaimana pula nilai matawang menjadi stabil dan kukuh? Dari sini, anda perlu banyak membaca untuk mencari punca-punca menyebabkan hal ini terjadi =)


Jadi...persoalannya..adakah berbaloi membuat pelaburan pada masa sekarang? Jika anda berntanyakan soalan tersebut kepada admin, admin akan memberi cadangan, supaya anda melakukan simpanan..Tunggu hingga harga emas kembali tinggi dan jual setelah anda mendapat untung =)

"" HOLD YOUR GOLD ""


Thursday, 19 September 2013

Lompat tinggi

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat anda semua...

Dah tengok harga emas harini? Siapa yang tido awal malam tadi mesti terkejut tengok harga emas hari ni..hehehe..kenapa? saya tunjukkan kenapa...

harga pada 18 September 2013

Itu adalah harga pada jam 9.35 pagi..dan harganya tidak berubah banyak sehingga ke malam hari..sehingga lah sekitar jam 2 pagi, sebelum market close harganya tiba-tiba berubah..nak tengok perubahannya??

Ini dia

Harga semasa pada 19 September 2013

Amacam?? masyukkk siapa yang sempat beli..dah boleh jual balik dah...sebab dah untung..walaupun trend semasa sekarang adalah downtrend, tapi masih boleh untung..Admin pun sebenarnya terlepas jugak nak beli pada harga rendah hehe..Tapi tidak apa..Be positive..mungkin kali ni tak ada rezeki..mungkin rezeki bagi orang lain..Syukur bagi mereka yang sempat beli pada harga rendah..

=)

p/s : nak beli emas? klik di sini


Tuesday, 17 September 2013

Nak main emas

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera kepada pembaca..Moga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera..

Ramai orang bertanyakan kepada admin..Macam mana nak mula main emas? macam mana cara nak main emas ni?..Jadi, sebelum admin menjawab kesemua persoalan tu, admin akan tanya balik kepada mereka..Apa yang mereka mahukan dari emas? Ini berkait dengan post admin yang pertama, mengenai niat..Boleh klik di sini

Jadi, post kali ini, admin ingin ceritakan dengan lebih terperinci mengenai niat-niat tersebut...Dalam permainan emas ini terdapat 3 cara..iaitu :


                            Saver






                     







Investor


Trader                            


Ketiga-tiga kategori ini mempunyai peranan dan strategi yang berlainan..Admin akan terangkan satu persatu..

1) Saver

Saver = Menyimpan.

Dari perkataan menyimpan itu sendiri anda sudah boleh faham caranya..Anda boleh membeli emas tersebut tidak kira pada bila masa dan tidak kira berapa harganya kerana tujuan anda membeli adalah untuk menyimpan, mungkin setahun, 2 tahun, 3 tahun atau lebih..Maka tidak perlu risau atau tunggu harga emas betul-betul berada pada paras yang rendah..Dari segi strategi, tiada strategi khusus dalam kategori ini, anda hanya perlu beli, simpan dalam jangka masa pnjang, dan jual apabila harganya sudah balik modal dan untung..Admin berikan contoh dan case study :

Pada tahun 2002, anda membeli syiling kijang emas 1 oz sebanyak 8 keping dengan harga RM 9952..


Kijang emas 1 oz

Kemudian anda menyimpan syiling emas kijang emas tersebut sehingga tahun 2007, dan pada masa itu, harga bagi sekeping syiling kijang emas berharga RM 2351..Jadi jumlah kesemua adalah

RM 2351 x 8 keping = RM 18808.00 !!!

perbezaan harga adalah RM 8856 !!!  ini bermakna anda telah untung sebanyak RM 8856..berbaloi tak? hehehe..



2) Investor

Investor = Melabur

Kategori ini adalah kategori yang paling diminati oleh ramai orang..Kerana pulangannya yang agak lumayan tetapi bergantung kepada jumlah yang di laburkan..Ramai orang bertanya kepada admin, berapa modal yang diperlukan untuk melabur? Admin akan tanya balik kepada mereka..Berapa modal yang mereka ada? Tepuk poket, tanya selera =) ..Tapi, apa yang boleh admin katakan, dan menjawab persoalan mereka adalah,produk yang harganya paling rendah adalah 1 dinar, maka anda boleh lah memulakan pelaburan anda dengan 1dinar..

Dari segi strategi pula, kategori ini memerlukan strategi dan skill yang banyak serta pengalaman yang meluas mengenai market emas dunia..Anda juga perlu tahu selok belok graf teknikal dan cara untuk menganalisis graf teknikal..Selain itu, anda juga perlu mengambil kira berita-berita dan isu-isu semasa yang berkaitan yang berlaku di dunia..Senang cerita, kalau nak untung lebih, kena korban lebih =) ..maksudnya, banyak perkara yang anda perlu korbankan..masa, wang, tenaga..demi mempelajari ilmu pelaburan dari pakar-pakar pelabur..Tetapi, skill paling basic yang perlu ada untuk menjadi pelabur adalah :


Ya..maksud gambar di atas ialah..Anda perlu membeli emas pada harga rendah..dan menjualnya semula pada harga tinggi..


Dan suka admin ingatkan kepada anda, untuk menjadi seorang pelabur, anda perlu menjadi seorang yang RAJIN =) admin berkata begitu kerana dalam pelaburan, anda perlu rajin memantau harga emas semasa dan perhatikan isu-isu semasa yang boleh dikaitkan dengan pergerakan harga emas.






Contoh graf teknikal


3) Trader

Trader = Berniaga

Nak berniaga apa? Berniaga emas la jawabnya..hehe..jawapan senang dari admin apabila ada orang bertanyakan soalan itu..sama juga macam kita berniaga dikedai-kedai, pasar malam, cuma dengan emas ini, anda tidak perlu la menyediakan stall di pasar malam, nanti kena samun susah pula, admin jadi mangsa, hehe..Tapi kalau dapat buka kedai emas, woww..untungnya berlipat kali ganda..hehe

Strategi untuk berniaga / untuk jadi trader ni senang je..Sekiranya ada pelanggan yang ingin beli emas, anda jualkan padanya..dan sekiranya ada yang ingin menjual emas, anda beli darinya..Senangkan? Tapi, dalam mana-mana perniagaan sekalipun, kita perlu mempunyai modal..Contoh :

Ada seorang pelanggan ingin menjualkan 5 dinar miliknya, dan kita sebagai peniaga, ingin membeli darinya..Tapi, manakan mahu proses jual beli itu dapat di selesaikan, sebab kita tidak mempunyai wang untuk membeli balik emas itu dari pelanggan tersebut..Anda faham dengan maksud admin kan?? Tapi ada caranya =)

Caranya bagaimana? begini caranya..

Sekiranya ada pelanggan ingin menjual emasnya kepada kita dan kebetulan pada masa itu kita tidak mempunyai wang, kita boleh lah pergi ke ar-rahnu dan memajak emas milik kita kepada ar-rahnu..dan duit pajak tersebut kita beli emas pelanggan tersebut..Kemudian ada orang bertanya admin..macam mana nak tebus balik emas kita di ar-rahnu?? jawapannya..emas yang kita baru sahaja beli dari pelanggan tadi kita simpan sehingga harga jual semula dapat memberi pulangan modal dan untung kepada kita dan sekaligus dapat membayar semula duit pajak + duit upah ar-rahnu..Contoh :

Ali (nama samaran) ingin menjual jongkong emas 50g nya kepada anda, harga emas (harga jual, sekiranya Public Gold,rujuk di PG BUY) pada ketika itu adalah RM 7000..Dan anda tidak mempunyai wang pada ketika itu..maka, anda pergi ke ar-rahnu, anda pajak emas milik anda sehingga mendapat RM 7000..sebagai contoh, anda memajak jongkong 100g anda, dan wang pajakan yang anda terima adalah RM9750..Maka anda boleh membeli emas dari pelanggan tersebut..

Selepas anda membeli emas tersebut, kini dalam tangan anda, anda mempunyai jongkong 50g + RM2750 (RM9750 - RM7000)..Apa yang perlu lakukan sekarang? anda hanya perlu tunggu harga emas naik sehingga harganya mampu membayar semula duit pajakan serta upah ar-rahnu..kemudian anda jual jongkong 50g itu dan anda tebus semula emas 100g milik anda di ar-rahnu =)

Gold trading  =)

Sekian, sedikit sebanyak ilmu yang boleh saya kongsikan bersama anda..bagi admin,Ilmu lebih bernilai dari emas..maka, belajarlah mengenai Ilmu Emas..

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi admin melalui SMS, Whatsapp dan We Chat..Dan sekiranya anda ingin membuat tempahan emas di Public Gold, anda boleh klik di sini..Atau anda ingin lebih senang, hubungi admin,nnt admin akan tolong anda untuk membuat tempahan =)

Moga anda berjaya dalam hidup anda, InsyaAllah =)




Monday, 16 September 2013

Public Gold

Assalamualaikum w.b.t & selamat menyambut hari Malaysia =)

Di hari cuti umum ni, saya doakan kebahagiaan dan agar anda dan saya dimurahkan rezeki olehNya di samping berada bersama keluarga dan rakan =)

Hari ini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak mengenai 1 syarikat tempatan yang menghasilkan produk emas sendiri, iaitu PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD...dulunya dikenali sebagai Public Fine Gold International Sdn. Bhd.

Pejabat korporat Public Gold di Pulau Pinang

Public Gold mula ditubuhkan pada tahun 2008 dan nama singkatannya adalah Public Gold..Syarikat ini mula bertapak di Pulau Pinang dan mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia..Di sini saya sertakan alamat dan juga nombor telefon Public Gold, sekiranya anda ingin melawat pejabat mereka, ini alamatnya :


Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (930830-K)
Plot 21, Technoplex,
Medan Bayan Lepas,
Taman Perindustrian Bayan Lepas,
Phase IV, 11900 Pulau Pinang.
Tel : 04-6439999

Produk syarikat ini terdiri daripada jongkong emas, syiling emas, dinar emas,  barang kemas (i-series), jongkong perak dan juga dirham perak..

Klik untuk besarkan
Produk i-series

Anda boleh melawat website public gold DI SINI
Publi Gold juga telah diiktiraf di dalam The Malaysia Books Of Records sebagai "First locally manufactured certified gold bullion bar"..Untuk mendapat sijil ini, kesemua produk Public Gold telah diuji mutu dan ketulenannya oleh Assayer yang bertauliah.


Sijil Malaysia Books of Records
Setiap produk disertakan dengan sijil ketulenan
Spread produk Public Gold juga adalah yang terendah iaitu jongkong emas sekitar 4.5% ke 8%, dinar emas pula 5% ke 6% dan spread bagi jongkong perak pula sekitar 12% ke 15%..Di sini saya sertakan jadual nilai spread bagi setiap produk

klik untuk besarkan

Antara kelebihan Public Gold yang menarik ramai pelanggan untuk membeli produk mereka adalah, laman web mereka akan sentiasa update setiap 20 minit..ini bermakna, harga yang anda lihat di laman web tersebut akan di UPDATE untuk SETIAP 20 MINIT !!..Mereka salah satu syarikat yang terpantas update harga emas semasa..



Perhatikan PG SELL dan PG BUY

Untuk pengetahuan :
  • PG SELL = Harga produk yang dijual kepada pembeli (anda)
  • PG BUY  = Harga pihak Public Gold membeli produk daripada anda
Kelebihan utama Public Gold adalah..Anda boleh lock harga 24 jam 365 hari setahun!! Ini secara tidak lansung akan memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan harga yang anda ingin kan..Kaedah lock dan pembelian produk Public Gold anda boleh klik DI SINI
Anda boleh layari laman web Public Gold untuk mendapatkan alamat serta butiran mengenai cawangan yang terdekat dengan anda di sini

Mengenai kos pengangkutan pula, harga kos mengikut produk..Di sini saya sertakan kos pengangkutan bagi setiap produk..

klik untuk besarkan

Jaminan dari Public Gold..Pihak Public Gold memberi jaminan dimana mereka akan membeli emas dari anda walaupun emas tersebut telah terguris, calar, bengkok dan juga patah..Asalkan beratnya tidak berubah.

Contoh emas yang calar

Sekiranya anda berminat dengan produk-produk keluaran Public Gold, anda boleh hubungi saya melalui SMS, whatsapp dan juga we chat =) Sekian..





Sunday, 15 September 2013

Inflasi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..Doa ku pada hari ini agar anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan mohon di buka pintu rezeki kita, InsyaAllah =)

Inflasi..apakah inflasi?? selalu kita dengar di radio mahupun kita lihat di kaca tv mengenai inflasi..Tapi tidak ramai yang tahu apakah itu inflasi dan apekah kaitan inflasi dengan emas..Ini adalah Ilmu Emas yang sangat berharga yang perlu kita ambil tahu keran kita sedang mengalaminya !!.

Secara ringkasnya, inflasi adalah kemorosotan nilai matawang..Hal ini berlaku di sebabkan oleh beberapa faktor, dan faktor terbesar adalah, wang kertas di cetak begitu banyak tanpa had dan peredaran ekonomi semasa

Proses mencetak duit tanpa had

Apabila wang dicetak begitu banyak, nilainya akan jatuh..Untuk pemahaman yang senang..Apa yang boleh kita perolehi dengan RM50 sekarang berbanding 10 tahun dahulu?

Tak penuh troli pun !!

Sekarang anda faham dengan apa yang saya maksudkan..Ok, mari kita ambil negara yang teruk dilanda inflasi sehingga hari ini..Negara tersebut adalah negara Zimbabwe, mereka telah mencecah HYPERINFLASI !!



Perkara ini berlaku kerana pemimpin negara tersebut iaitu Presiden Robert Mugabe bertindak mencetak duit kertas terlalu banyak tanpa mengikut peredaran ekonomi semasa..Akibatnya, kadar inflasi negara itu mencecah 5,000,000,000,000,000,000,000 % !!!!!! 


Apabila berlaku hyperinflasi seperti ini, duit kertas hanyalah sekeping kertas sahaja, tidak lagi mempunyai nilai..Mereka terpaksa mencetak duit kertas yang nilainya beratus kali ganda angkanya berbanding duit kertas kita..Mereka telah mencetak duit kertas yang bernilai 100 BILLION !!! tapi apa yang boleh kita dapat dengan duit yang bernilai 100 billion ini di negara mereka?? Jawapannya...lihat gamba di bawah..


100 billion zimbabwe dollar = 3 biji telur

Banyaknya nombor pada harga kasut mereka

100 trillion dollar terpaksa di cetak, baru boleh beli kasut di atas..hehe
Rasanya sudah cukup saya bercerita tentang hyperinflasi yang berlaku di Zimbabwe sehingga SEKARANG.


Persoalan yang bermain di fikiran anda sekarang..Adakah negara tercinta kita, Malaysia mengalami masalah inflasi?? Jawapannya


Kejadian hyperinflasi yang berlaku di Malaysia adalah pada zaman pemerintahan Jepun. Secara ringkasnya saya ceritakan, pada zaman penjajahan jepun, mereka menguatkuasakan penggunaan wata wang jepun. Malangnya rakyat kita pada masa itu adalah kerana jepun mencetak wang kertas ini sesuka hati supaya mereka dapat membeli apa sahaja..Kemudian mata wang tersebut di naikkan lagi jumlahnya supaya pihak jepun dapat membeli alat-alat ketenteraan mereka, mereka tidak sedar bahawa harga barang juga turut naik setelah mereka mencetak duit tersebut, ini menyebabkan ramai rakyat kita tidak mampu membeli dan hanya makan ubi kayu sahaja..

Mata wang Jepun yang digunakan di Tanah Melayu

Harap anda mendapat sedikit sebanyak ilmu dari posting kali ini..Untuk pengetahuan anda, cerita dan maklumat mengenai inflasi ini adalah TUNJANG utama kenapa emas menjadi sangat berharga..

EMAS ADALAH PENYIMPAN KEKAYAAN SEBENAR !!!



p/s : sekiranya anda ingin membeli emas, anda boleh klik DI SINI atau anda boleh hubungi saya terus dengan SMS atau media sosial, whatsapp dan we chat =)

Vietnam dan Emas

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera..Moga anda berada dalam keadaan sihat di samping keluarga dan rakan taulan di hujung minggu ni..Luang kan masa dengan yang tersayang, sebab mereka lah tunjang kekuatan kita =)

Ok, kali ni saya nak bercerita sedikit mengenai 1 kajian kes mengenai emas dalam kehidupan..Pernah kah anda membaca atau terdengar cerita mengenai perang vietnam (1955-1975) ??




Antara detik-detik peperangan di Vietnam

Kembali pada cerita asal..Jadi, apa yang boleh di kaitkan dengan peperangan ini? Jawapannya, ramai penduduk dan rakyat vietnam melarikan diri ke negara lain..Mereka menjual kesemua tanah, tanaman, rumah dan ternakan semata-mata untuk membeli emas, kerana mereka tahu emas mempunyai nilai tidak kira kemana sahaja mereka bawa.

Pelarian Vietnam melarikan diri ke negara luar.

Setelah mereka membeli emas, barulah mereka melarikan diri bersama-sama emas tersebut. Mereka tahu bahawa dengan emas yang mereka miliki ini, mereka boleh memulakan hidup baru tidak kira dimana mereka berada. Cuba kita bayangkan, sekiranya rakyat vietnam ini membawa wang kertas negara mereka dengan jumlah yang besar dan kemudian mereka melarikan diri ke negara lain..Adakah bernilai duit mereka di negara lain?? sudah pasti tidak..Sebab itu lah pentingnya ILMU EMAS..

Jenis emas yang di bawa pelarian vietnam

Emas Kim - Thanh, antara emas yang di bawa pelarian.

Jadi, adakah anda sedar, bahawa duit yang kita pegang kini tidak mempunyai harga? lihat sahaja bila kita melancong ke luar negara..Kita tukarkan wang ringgit kita dengan mata wang negara tersebut, begitu kecil mata wang kita, sehinggakan kita terpaksa mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak sekiranya kita melancong ke negara yang maju.. =)

Saturday, 14 September 2013

Alamak...harga jatuh...rugi rugi

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..saya doakan anda berada dalam keadaan sihat ceria di samping keluarga dan rakan-rakan..

13 september 2013.. sekali lagi kejadian harga emas jatuh tergolek selepas kenaikkan yang hampir mencecah 1500 USD/oz...kenapa jadi begini???


Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kejatuhan harga emas..dan kebanyakkan nya datang dari negara USA..kerana secara logiknya, emas di dagangkan di dunia mengunakan matawang USD...maka,apa sahaja masalah yang berlaku di US akan memberi impak kepada harga emas..lainlah harga emas dunia di dagangkan dengan Ringgit Malaysia..sudah pasti harga emas akan naik melambung setelah kerajaan Malaysia umumkan kenaikkan harga minyak..hehehe..

Ramai di antara pelabur dan peyimpan emas mengatakan bahawa mereka telah rugi, kerana sebelum ini mereka telah membeli emas pada harga yang tinggi dan kemudian hari harganya jatuh merudum..Bila ada rakan-rakan dan kenalan saya yang berkata seperti ini kepada saya, saya hanya tersenyum..malah ada pula yang marah bila saya senyum kerana mereka beranggapan saya telah menipu mereka untuk membeli emas..hehe

Begini..sekiranya anda telah membeli emas dan kemudian harganya turun, MEMANG BETUL anda TELAH RUGI..TAPI, harus ingat..emas anda masih berada di tangan anda...maknanya anda masih belum rugi la, sebab anda belum jual =) hehehe...betul tak?


Prinsip yang saya pegang dan saya dapat dari sifu-sifu emas ini apabila harga emas jatuh ialah..HOLD YOUR GOLD...bermaksud, pertahankan emas anda..jangan jual apabila harga jatuh..dan yang penting, JANGAN TAKUT..kebanyakkan orang menjual emas mereka pada harga rendah kerana takut harga emas jatuh lagi dan tidak akan naik semula...maka golongan ini telah mengalami kerugian






APA yang perlu di lakukan?? Ramai pula yang bertanya, apa yang patut buat jika harga jatuh merudum..senang sahaja..saya hanya cakap...beli lagi..kumpul lagi emas banyak-banyak..dan tunggu harga naik, dan anda boleh menjadi KAYA =)










Pekara ini sama juga apabila harga emas naik mendadak selepas membuat pembelian pada harga rendah..Situasi apabila seseorang dapat membuat belian pada harga rendah dan kemudiannya harga naik mendadak..mereka akan cakap 'aku dah UNTUNG'..padahal dia belum lagi menjual emas miliknya,macam mana nak untung kalau tak jual =) hehehe...

Moga anda mendapat sedikit sebanyak input kali ini =) 

p/s : Cepat-cepat...harga tengah drop harini..hehe..anda boleh melihat cara pembelian emas DI SINI =)

Kelebihan DInar

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..moga anda berada dalam keadaan sihat walafiat dan mampu melakukan kerja harian tanpa sebarang masalah dan kesukaran..Moga Allah membuka pintu rezeki kita semua, insyaAllah..

Dinar...apa itu dinar?? duit ke?? emas ke?? tulen ke?? mana nak dapat??

Pelbagai persoalan yang timbul apabila saya menceritakan mengenai dinar kepada rakan-rakan saya..Di sini kita boleh lihat bahawa ramai lagi antara kita  tidak mengetahui  mata wang Islam yang di perkenalkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi..

Dinar (emas) dan dirham (silver) merupakan mata wang dari zaman dahulu lagi..mata wang ini adalah mata wang yang paling hebat di dunia dan tiada yang dapat tandinginya..kenapa saya mengatakan ia terhebat..kerana dengan dinar, kita dapat MENGEKALKAN kuasa membeli..apa itu KUASA MEMBELI?? saya beri kan contoh yang popular..

Pekara ini telah di ceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada 'Urwah yang bermaksud :

"(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata : "Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing". Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudia aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata : " Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu".

Rasulullah bertanya : Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata : "Ya Allah, berkatilah perniagaanya"

Ok...anda faham dari hadis tersebut? sekarang mari kita lihat pada masa kini..persoalan...adakah MAMPU kita membeli seekor kambing dengan 1 dinar pada masa kini ??? Jawapannya....



YA....

Ada penternak kambing yang menerima dinar untuk ditukarkan dengan seekor kambing. Salah seorang penternak kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan seekor kambing pada harga 1 dinar.

Dengan 1 dinar, anda bolehh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kg..anda boleh mendapatkan detail dari blog ini klik disini

Itu kisah kambing..sekarang saya berikan contoh lain pula..

Pada tahun 2000..saya membeli rumah dengan harga RM100 000..sekiranya saya menyimpan DUIT FIAT RM100 000 itu sehingga hari ini...adakah saya mampu membeli rumah yang sama pada tahun 2000 tersebut dengan harga RM100 000 pada masa kini?? Mustahil kan?? 

Bagaimana pula, saya menukarkan duit fiat yang bernilai RM100 000 itu kepada bentuk emas..anda rasa, mampukah saya membeli rumah yang sama pada tahun 2000 itu pada tahun ini?? jawapannya....YA...

Kerana sifat emas adalah KALIS INFLASI..dengan kata lain, lebih lama kita menyimpan emas, lebih tinggi harganya..

Jadi...dimana saya boleh dapat dinar ini?? Di negeri Kelatan, mereka mengeluarkan produk dinar mereka sendiri..anda boleh bertanya kepada kawan-kawan anda yang berada di Kelantan..selain itu, Public Gold juga menawarkan produk dinar..antara produk-produk dinar adalah..1 dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 10 dinar..juga terdapat produk silver iaitu 10 dirham..

Koleksi 5 dinar



















Produk dinar keluaran Public Gold beserta susut nilai / spread















Jadi..bagaimana anda ingin membeli dinar ini..anda boleh klik disini ..Moga anda mendapat sedikit sebanyak ilmu mengenai emas =)