Wednesday, 27 November 2013

Promosi Priority Dealer (PD) dan Master Dealer (MD)

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Public Gold sekali lagi menawarkan promosi yang sangat-sangat berharga.

Promosi sah sehingga 31 Disember 2013


Promosi ini memberi anda peluang untuk menjadi PD..dan yang lebih menarik, promosi kali ini mampu menjadikan anda MD dalam tempoh yang singkat..

  • Untuk menjadi PD = Anda hanya perlu membeli emas minima seberat 250g ataupun Gold Bar 250g..Tidak perlu menjadi Normal dealer (ND) pun tidak mengapa..Anda boleh terus naik ke PD.

  • Untuk menjadi MD = Anda perlu memperkenalkan 5 orang PD ke Public Gold dan anda layak menjadi MD..


Belian produk emas dengan berat minima 250g sudah layak menjadi PD

Sempena promosi kali ini, anda mempunyai pilihan yang menarik untuk menjadi MD..Bagaimana ???

Sebelum menjadi MD, anda terlebih dahulu perlu menjadi PD..

" PD + 5 orang PD yang anda kenalkan pada Public Gold = MD "

Bermakna, anda hanya perlu membuat belian emas gold bar 250g sebanyak 6 unit..
  • 1 atas nama anda
  • 5 atas nama orang lain, tidak kira ibu, ayah, kakak, adik, abang, jiran atau sesiapa..

Dengan cara ini, dalam masa yang singkat anda telah menjadi Master Dealer Public Gold..

Kelebihan yang anda nikmati setelah menjadi MD adalah, komisen yang tinggi, iaitu sebanyak 2.5%..Dalam erti kata lain, anda dapat mengurangkan lagi susut nilai produk yang anda beli dan ini akan memaksimakan pelaburan emas anda..Anda boleh lihat kelebihan dealer Public Gold DI SINI

Inilah peluang keemasan =)

Kenapa??  Cuba anda lihat perbezaan harga emas pada tahun 2012 dan sekarang.



Untuk membuat belian secara online, anda boleh lihat DI SINI














Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya melalui panggilan atau applikasi whatsapp dan we chat
ZUL HILMI ABDUL HAMID
019-4176418




Sunday, 24 November 2013

Promosi Hujung Tahun 2013

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera saya ucapkan kepada anda

BERITA BAIK.. Year End Sale (YES) 2013 !!!



Dengan membeli mana-mana produk Emas Public Gold (gold bar dan dinar) dengan berat minimum 250g, kini anda layak menjadi PRIORITY DEALER (PD).

Kelebihan Priority Dealer adalah, anda akan menikmati peratus komisen yang tinggi iaitu sebanyak 2%. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kelebihan dealer anda boleh klik DI SINI

Kelayakan sebelum ini adalah dengan membuat belian bernilai RM100,00 dalam satu resit.

Kini dengan membeli mana-mana produk emas, atau dengan lebih senang, gold bar 250g yang bernilai RM34K ++, anda telah layak untuk menjadi PD, bermakna anda telah jimat sebanyak RM66K ++ !!!

Anda juga boleh membuat belian melalui cara EPP (Easy Payment Purchase) iaitu bayaran ansuran selama 4 bulan

**Promosi sah sehingga 31 Disember 2013 sahaja.












Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi saya melalui applikasi whatsapp, we chat atau terus hubungi / SMS kepada saya

ZUL HILMI ABDUL HAMID
019 - 417 6418

Ilmu Analisis Teknikal

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..Saya doakan agar kita sentiasa memperoleh rahmat dari Allah SWT dan moga urusan kita dipermudahkan..insyaAllah..

Baru-baru ni saya telah menghadiri ke satu seminar analisis teknikal yang dibuat oleh salah seorang pelabur jutawan Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pelaburan emas dan juga perak.


Sekiranya anda ingin menjadi seorang pelabur emas (Gold investor) anda perlu mengetahui setidak-tidaknya fundamental mengenai graf harga semasa bagi emas dan juga perak. Ini bertujuan untuk memastikan pergerakan harga emas semasa dan juga meramal pergerakan harga emas akan datang. 


Anda secara tidak lansung akan dapat mengoptimumkan keuntungan pelaburan anda sekiranya anda dapat meramal pergerakan harga. Jadi, anda dapat mempersiapkan diri anda untuk menghadapi dan menyusun strategi untuk sebarang situasi akan datang.


Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai ilmu yang penuh di dada. Jadi, laburkan wang anda untuk mempelajari ilmu bagi mengurangkan risiko, tidak kira dalam apa jua, pelaburan, perniagaan mahupun pengurusan. Jangan lah kita terlalu percayakan orang ketiga untuk menguruskan keewangan kita kerana kita tidak tahu apa yang sebenarnya mereka lakukan pada wang kita. Dan dengan ilmu kita dapat mengelakkan diri kita dari permainan skim cepat kaya dan skim yang memudaratkan keewangan kita.


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya melalui applikasi whatsapp, we chat ataupun terus telefon atau SMS ke 019 - 417 6418

Untuk memulakan pelaburan emas, anda boleh membuat belian secara online. Anda boleh rujuk panduan DI SINI

Sekian =)


Saturday, 23 November 2013

Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.


KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD

Untuk mendaftar sebagai pengedar / dealer Public Gold, TIADA yuran dikenakan, anda hanya perlu membuat belian minimum emas atau perak atau kedua-duanya sekali dalam amaun minimum yang telah ditetapkan oleh pihak Public Gold. Belian ini perlu dibuat dalam satu belian sahaja (single receipt). Untuk mendaftar sebagai dealer anda boleh klik DI SINI

Terdapat 3 kategori dealer dalam Public gold :
  • Normal Dealer
  • Priority Dealer
  • Master Dealer

 " NORMAL DEALER "

Kelayakan :
  • Anda perlu membuat belian minima dalam satu resit bernilai RM20,000
Kelebihan : 


1)  Setiap kali anda membuat belian, anda akan mendapat komisen sebanyak 1%
2)  Setiap jualan semula ke Public Gold, anda akan mendapat komisen sebanyak 0.5%
3)  Sekiranya ada dealer yang anda perkenalkan, setiap kali mereka membuat belian di Public      Gold, anda menikmati komisen sebanyak 0.1%


" PRIORITY DEALER " 

Kelayakan :
  • Anda perlu membuat belian minima dalam satu resit bernilai RM100,00
Kelebihan :

1)  Setiap kali anda membuat belian, anda akan mendapat komisen sebanyak 1.5%
2)  Setiap jualan semula ke Public Gold, anda akan mendapat komisen sebanyak 0.5%
3)  Sekiranya ada dealer yang anda perkenalkan, setiap kali mereka membuat belian di Public      Gold, anda menikmati komisen sebanyak 0.5%


" MASTER DEALER "

Kelayakan :
  • Anda hanya perlu introduce 5 orang Priority Dealer SAHAJA
Kelebihan :

1)  Setiap kali anda membuat belian, anda akan mendapat komisen sebanyak 2%
2)  Setiap jualan semula ke Public Gold, anda akan mendapat komisen sebanyak 0.5%
3)  Sekiranya ada dealer yang anda perkenalkan, setiap kali mereka membuat belian di Public      Gold, anda menikmati komisen sebanyak :
  • 1% dari Normal Dealer
  • 0.5% dari Priority Dealer
  • 0.1% dari Master Dealer


Kenapa orang terkejar-kejar untuk menjadi dealer Public Gold ?.. Ini kerana sekiranya anda menjadi dealer Public Gold, anda akan menikmati nilai spread yang rendah, bermakna anda akan mencapai keuntungan dengan cepat..Di bawah telah disediakan jadual peratusan spread bagi pelanggan biasa, normal dealer, priority dealer dan juga master dealer :





Justeru, dengan mendaftar menjadi dealer Public Gold, anda mendapat mengoptimumkan dan juga memaksimumkan keuntungan pelaburan emas dan perak anda..Beli dapat komisen..Jual dapat komisen =)


Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi saya melalui whatsapp, we chat ataupun anda boleh terus hubungi dan sms ke 019 - 417 641 8

p/s : Saya ingin ingatkan kepada anda, sekiranya anda terus pergi ke cawangan Public Gold atau membuat belian secara online, dibahagian introducer  tersebut, anda boleh meletakan nama saya ZUL HILMI ABDUL HAMID dan PG code saya PG 035307.

Sekiranya anda inginkan panduan untuk mengisi borang belian secara online, anda boleh DI SINI

Contoh ketika mengisi butiran belian secara online

Selamat Menikmati spread rendah =)


Thursday, 21 November 2013

Harga Semasa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada anda..Admin doakan agar kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dibukakan pintu rezeki kita pada harini InsyaAllah..

 Hari ini admin nak share sedikit tentang paras harga semasa..Sebab bangun subuh pagi tadi tengok harga makin turun..

Graf bagi harga emas


Graf bagi  harga perak

Jadi, dari kedua-dua graf di atas, kita dapat lihat bahawa untuk paras harga support bagi emas adalah $1254 tetapi HARGA SEMASA sekarang telah mencecah $1245..

Begitu juga dengan perak..Harga support sebelum ini adalah $20...Tetapi HARGA SEMASA telah mencecah $19

Harga terkini emas

Harga terkini perak


Apa maksudnya?

Ini bermakna, harga kemungkinan akan turun lagi kerana ianya sudah melepasi paras support..

Kenapa harga turun?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan harga emas dan perak (komoditi) turun dengan mendadak..Secara am nya, disebabkan oleh pengukuhan mata wang Amerika..Mereka telah melaksanakan QE3..

Apa perlu saya buat?

Inilah masa sesuai untuk memulakan pelaburan emas..Kerana harga sekarang berada pada paras yang sangat rendah berbanding dua tahun yang lalu..

Jadi, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas atas ingin meminta pandangan admin, bolehlah lihat DI SINI atau anda boleh whatsapp, we chat, SMS kepada admin..

Moga Allah memberkati kerja yang kita lakukan, InsyaAllah =)



Wednesday, 13 November 2013

Kejatuhan harga emas

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pembaca.. Moga Tuhan merahmati dan juga membuka pintu rezeki kita semua.. Mudah-mudahan semua urusan kita berjalan dengan lancar, insyaAllah =)

Kejatuhan Harga Emas dan Perak.

Kepada mereka yang kerap mengunjungi laman web Public Gold pasti akan terkejut dengan penurunan harga emas yang mendadak..

Harga emas pada 13 November 2013
Pasti ada diantara kita tertanya-tanya mengapa harga emas jatuh teruk sebegini rupa? Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan harga emas turun antara salah satu faktor terbesar adalah pengukuhan mata wang US Dollar.

Pengukuhan mata wang Amerika (USD) ini disebabkan oleh beberapa tindakan yang dilakukan oleh Amerika. Antaranya, Federal Reserve negaranya telah melaksanakan QE (Quantitative Easing), di mana mereka meneruskan usaha mencetak lebih banyak wang fiat untuk mereka membolehkan membayar hutang negara mereka yang telah mencecah siling (debt ceiling).

Bagi pembaca yang ingin mengetahui cerita lebih lanjut mengenai sistem monetary mereka, admin mencadangkan anda semua meluangkan masa untuk menonton video yang terdapat di website Hidden Secret Of Money.

Saya dah beli emas pada harga tinggi, APA PERLU SAYA LAKUKAN?

Kepada mereka yang telah membeli emas sebelum ini pada harga yang tinggi, tidak perlu gusar.. Terdapat beberapa cara / teknik untuk anda mengikut Risk Profile anda..

  • Low Risk = Low Return
Low risk disini bererti anda tidak terjerumus ke lembah bahaya dimana caranya adalah anda hanya perlu tunggu sehingga harganya kembali naik. Disini keluarnya ayat yang sering kita dengar, Hold Your Gold.

  • Medium Risk = Medium Return
Anda boleh menambah modal anda untuk membuat belian baru apabila harga yang rendah.

  • High Risk = High Return
Anda boleh pajakkan emas anda dan membuat belian baru dengan menggunakan wang pinjaman tersebut. Tetapi ingin admin tekankan, Jangan menyalahgunakan atau  memanipulasi  sistem Ar rahnu yang menawarkan khidmat pajak gadai.. Gunakan bila hanya perlu.



Itu sahaja yang sedikit sebanyak admin boleh kongsikan, moga kita berjaya menjadi insan yang berjaya, dunia akhirat, insyaAllah =)

Sunday, 20 October 2013

Mas Kahwin

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ilmu Emas ini..Admin doa kan agar pintu rezeki kita dibuka dan dipermudahkan rezeki bagi kita..InsyaAllah..

Mas Kahwin..

Adakah anda tahu bahawa dinar emas boleh dijadikan sebagai mas kahwin dalam perkahwinan Islam?? Menarik bukan? Dihadiahkan kepada isteri kita dengan emas yang bersinar dan pasti memikat hati seorang wanita tambahan pula wanita tersebut adalah pasangan hidup kita =)

Di sini admin sertakan nilai hantaran mengikut setiap negeri pada tahun 2013.

Nilai mas kahwin mengikut negeri tahun 2013.

Mengapa dibolehkan kita umat Islam menggunakan dinar emas sebagai hantaran..Hal ini disebabkan dinar emas merupakan matawang yang digunakan oleh umat Islam terdahulu..Makna kata, dinar emas adalah wang sebenar yang kalis inflasi tetapi kita semua telah dimanipulasikan supaya menggunakan duit kertas (duit fiat) untuk melaksanakan proses seharian kita..

Satu hadis diriwayatkan oleh Muslim:  

Abu Salamah Ibnu Abdurrahman Radliyallaahu 'anhu berkata:
 "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a: 'Berapakah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.'
 Ia berkata: 'Mas kahwin beliau kepada istrinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy'. 
Ia bertanya: 'Tahukah engkau apa itu nasy?'
 Ia berkata: 'Aku menjawab: Tidak'. 
Aisyah berkata: 'Setengah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham'. 

Inilah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kepada para isterinya."

Sudah terbukti bahawa penggunaan dinar dan juga dirham sebagai mas kahwin telah digunakan sejak zaman Rasulullah..

Jadi, berapa dinar yang diperlukan untuk dijadikan mas kahwin? sekiranya kita melihat semula pada nilai mas kahwin mengikut negeri, cukup dengan 1 dinar kita sudah boleh jadikannya sebagai mas kahwin..Kerana harga 1 Dinar sekarang adalah RM605..Maka, rancang sebaik-baiknya dihari berbahagia moga anda dan yang lebih penting pasangan anda berbahagia dengan pemberian oleh si suami =)






*** Tahukah anda ***

--> berat 1 dinar bersamaan dengan 4.25g
--> ketulenan dinar adalah 916 (22k)
--> harga tertinggi 1 dinar adalah RM800

Jadi, tidak rugi sekiranya anda membeli 1 dinar pada hari ini dan berhasrat untuk menyimpannya untuk dijadikan sebagai mas kahwin kerana harganya akan terus naik =) 

Sekiranya anda berminat untuk membeli dinar atau jongkong, anda boleh klik DI SINI..atau anda boleh hubungi admin terus menerusi aplikasi whatsapp,wechat atau sms terus ke 019-4176418

Share sedikit mas kahwin teman =)

Admin sudah beli 1 dinar untuk dijadikan mas kahwin..tapi admin sendiri tidak tahu bila tiba hari bersejarah tu =)

Thursday, 3 October 2013

AR RAHNU BANK RAKYAT

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera kepada anda...Admin doakan agar anda berada dalam keadaan sihat dan murah rezeki...

PENGUMUMAN PENTING !!!

Mulai 1 OKTOBER 2013, pihak Ar Rahnu Bank Rakyat telah MENERIMA kembali emas jenis JONGKONG dan juga DINAR..Ini merupakan berita gembira bagi mereka yang menyimpan jongkong emas dan juga dinar..Sekiranya anda dalam keadaan terdesak dan kecemasan memerlukan wang, kini anda boleh CAIR kan emas anda di Ar Rahnu Bank Rakyat dan juga Ar Rahnu X'Change..

Dengan kata lain, kini KESEMUA produk Public Gold telah diterima oleh Bank Rakyat, ini susulan kualiti dan juga ketulenan emas yang dihasilkan Public Gold..

Setelah 2 tahun lebih mereka menghentikan pajakan emas jongkong berikutan dengan kes penipuan emas terbesar, kini mereka memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap produk Public Gold..

Jadi, tunggu apa lagi? kalau tiada duit untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan tiba, anda boleh lah membawa emas anda ke Ar Rahnu Bank Rakyat ataupun Ar Rahnu X'change

Perkara yang perlu anda bawa ketika hendak memajak emas anda adalah :

  • Emas (jongkong atau dinar)
  • Sijil pengesahan emas tersebut (bagi produk Public Gold, sijil pengesahan itu adalah kad yang berwarna merah bagi jongkong..berwarna hijau bagi dinar)
  • Resit pembelian
Surat Pekeliling mengenai pajakan produk emas Public Gold

Kini anda boleh memajak emas anda di Ar Rahnu Bank Rakyat

Jadi, pesan admin..Gunakan lah khidmat pajakan ini sebaik-baiknya..kerana jika anda tersalah langkah, akan membawa keburukan kepada anda..Uruskan wang anda dengan bijak =)

Akhir kata, selamat mencairkan emas anda dan berhati-hati dijalan raya..hehe..maklum lah, baru-baru ni admin kemalangan jalan raya..Be Safe !! =)

Wednesday, 25 September 2013

Merancang Strategi

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...Saya doakan moga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera dan mudah-mudahn pintu rezeki kita sentiasa terbuka =)

PELABURAN

Apa yang perlu kita lakukan sebelum melakukan pelaburan ?? Jawapan yang paling tepat ialah :




Ya..MERANCANG..itu lah perkara pertama yang perlu kita lakukan sebelum memulakan pelaburan..Tidak kira apa jua jenis pelaburan, emas fizikal, hartanah, saham dan lain-lain..Seperti pepatah mengatakan, 

" Tidak ada orang yang merancang gagal, tetapi ramai orang yang gagal merancang "


Ini adalah perkara yang benar, dimana perancangan yang sempurna dan teliti akan membawa kita kepada kejayaan. Ada diantara kita tidak mempunyai perancangan, mungkin di sebabkan mereka mengikut kawan ataupun mengikut trend terkini tanpa mempelajari sedikit sebanyak dengan apa yang mereka ingin lakukan. 




Kebanyakkan orang gagal di dalam pelaburan disebabkan oleh 2 faktor, iaitu 2T :

1) TAKUT
2) TAMAK

Di dalam pelaburan emas, harga emas yang bergerak naik turun seperti bukit bukau dan gunung ganang disebabkan oleh 2 faktor tersebut..Bagaimana ianya terjadi? Apabila orang melihat graf semakin menurun, mereka akan menjual semula emas yang mereka ada kerana TAKUT harga emas akan terus turun..Dan apabila harga emas naik, mereka akan terus menunggu harganya naik kerana TAMAK dan kemudian, graf terus jauth membuatkan mereka terlepas peluang..Bak kata pepatah

" Orang tamak selalu rugi "

Jadi, antara perkara yang perlu kita memberi perhatian untuk melaksanakan perancangan yang teratur dan sempurna adalah :

      • Membuat analisis dasar dan juga analisis secara teknikal
      • Menetapkan matlamat anda
      • Membuat perancangan pelaburan yang munasabah
      • Menyediakan rekod catatan
      • Menyusun strategi
      • Berdisplin
Moga dengan sedikit panduan di atas, kita menjadi seorang yang lebih sistematik dan juga tergolong dalam orang yang merancang..Mudah-mudahan kita berjaya mengecapi kejayaan dari perancagan yang kita laksanakan dari awal..InsyaAllah =)


Tuesday, 24 September 2013

Harga semasa 24 September 2013

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Mari-mari..borong emas..hehe..harga makin jatuh..

Harga terkini 24 sept 2013

Apakah sebab berlakunya penurunan harga yang mendadak ini? Adakah berbaloi untuk melabur dalam emas fizikal ? Jawapannya

Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan harga emas naik dan turun..Seperti yang kita tahu, harga emas berkadar songsang dengan nilai matawang (matawang USD kerana harga emas didagangkan menggunakan USD) jadi, secara tidak lansung, kita tahu sekarang ini nilai matawang adalah berada dalam keadaan stabil dan kukuh..Itu lah yang menyebabkan harga emas kian menurun..Tapi sampi mana harganya turun? Menurut beberapa tokoh pelaburan dunia dan Malaysia, mereka meramalkan bahawa harga emas pada tahun ini boleh turun sehingga 1290USD/oz !!...Tapi ini hanyalah ramalan..Kerana tiada seorangpun di dunia ini yang tahu sebenar-benarnya pergerakan harga emas..Bagaimana pula nilai matawang menjadi stabil dan kukuh? Dari sini, anda perlu banyak membaca untuk mencari punca-punca menyebabkan hal ini terjadi =)


Jadi...persoalannya..adakah berbaloi membuat pelaburan pada masa sekarang? Jika anda berntanyakan soalan tersebut kepada admin, admin akan memberi cadangan, supaya anda melakukan simpanan..Tunggu hingga harga emas kembali tinggi dan jual setelah anda mendapat untung =)

"" HOLD YOUR GOLD ""


Thursday, 19 September 2013

Lompat tinggi

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat anda semua...

Dah tengok harga emas harini? Siapa yang tido awal malam tadi mesti terkejut tengok harga emas hari ni..hehehe..kenapa? saya tunjukkan kenapa...

harga pada 18 September 2013

Itu adalah harga pada jam 9.35 pagi..dan harganya tidak berubah banyak sehingga ke malam hari..sehingga lah sekitar jam 2 pagi, sebelum market close harganya tiba-tiba berubah..nak tengok perubahannya??

Ini dia

Harga semasa pada 19 September 2013

Amacam?? masyukkk siapa yang sempat beli..dah boleh jual balik dah...sebab dah untung..walaupun trend semasa sekarang adalah downtrend, tapi masih boleh untung..Admin pun sebenarnya terlepas jugak nak beli pada harga rendah hehe..Tapi tidak apa..Be positive..mungkin kali ni tak ada rezeki..mungkin rezeki bagi orang lain..Syukur bagi mereka yang sempat beli pada harga rendah..

=)

p/s : nak beli emas? klik di sini


Tuesday, 17 September 2013

Nak main emas

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera kepada pembaca..Moga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera..

Ramai orang bertanyakan kepada admin..Macam mana nak mula main emas? macam mana cara nak main emas ni?..Jadi, sebelum admin menjawab kesemua persoalan tu, admin akan tanya balik kepada mereka..Apa yang mereka mahukan dari emas? Ini berkait dengan post admin yang pertama, mengenai niat..Boleh klik di sini

Jadi, post kali ini, admin ingin ceritakan dengan lebih terperinci mengenai niat-niat tersebut...Dalam permainan emas ini terdapat 3 cara..iaitu :


                            Saver






                     







Investor


Trader                            


Ketiga-tiga kategori ini mempunyai peranan dan strategi yang berlainan..Admin akan terangkan satu persatu..

1) Saver

Saver = Menyimpan.

Dari perkataan menyimpan itu sendiri anda sudah boleh faham caranya..Anda boleh membeli emas tersebut tidak kira pada bila masa dan tidak kira berapa harganya kerana tujuan anda membeli adalah untuk menyimpan, mungkin setahun, 2 tahun, 3 tahun atau lebih..Maka tidak perlu risau atau tunggu harga emas betul-betul berada pada paras yang rendah..Dari segi strategi, tiada strategi khusus dalam kategori ini, anda hanya perlu beli, simpan dalam jangka masa pnjang, dan jual apabila harganya sudah balik modal dan untung..Admin berikan contoh dan case study :

Pada tahun 2002, anda membeli syiling kijang emas 1 oz sebanyak 8 keping dengan harga RM 9952..


Kijang emas 1 oz

Kemudian anda menyimpan syiling emas kijang emas tersebut sehingga tahun 2007, dan pada masa itu, harga bagi sekeping syiling kijang emas berharga RM 2351..Jadi jumlah kesemua adalah

RM 2351 x 8 keping = RM 18808.00 !!!

perbezaan harga adalah RM 8856 !!!  ini bermakna anda telah untung sebanyak RM 8856..berbaloi tak? hehehe..



2) Investor

Investor = Melabur

Kategori ini adalah kategori yang paling diminati oleh ramai orang..Kerana pulangannya yang agak lumayan tetapi bergantung kepada jumlah yang di laburkan..Ramai orang bertanya kepada admin, berapa modal yang diperlukan untuk melabur? Admin akan tanya balik kepada mereka..Berapa modal yang mereka ada? Tepuk poket, tanya selera =) ..Tapi, apa yang boleh admin katakan, dan menjawab persoalan mereka adalah,produk yang harganya paling rendah adalah 1 dinar, maka anda boleh lah memulakan pelaburan anda dengan 1dinar..

Dari segi strategi pula, kategori ini memerlukan strategi dan skill yang banyak serta pengalaman yang meluas mengenai market emas dunia..Anda juga perlu tahu selok belok graf teknikal dan cara untuk menganalisis graf teknikal..Selain itu, anda juga perlu mengambil kira berita-berita dan isu-isu semasa yang berkaitan yang berlaku di dunia..Senang cerita, kalau nak untung lebih, kena korban lebih =) ..maksudnya, banyak perkara yang anda perlu korbankan..masa, wang, tenaga..demi mempelajari ilmu pelaburan dari pakar-pakar pelabur..Tetapi, skill paling basic yang perlu ada untuk menjadi pelabur adalah :


Ya..maksud gambar di atas ialah..Anda perlu membeli emas pada harga rendah..dan menjualnya semula pada harga tinggi..


Dan suka admin ingatkan kepada anda, untuk menjadi seorang pelabur, anda perlu menjadi seorang yang RAJIN =) admin berkata begitu kerana dalam pelaburan, anda perlu rajin memantau harga emas semasa dan perhatikan isu-isu semasa yang boleh dikaitkan dengan pergerakan harga emas.






Contoh graf teknikal


3) Trader

Trader = Berniaga

Nak berniaga apa? Berniaga emas la jawabnya..hehe..jawapan senang dari admin apabila ada orang bertanyakan soalan itu..sama juga macam kita berniaga dikedai-kedai, pasar malam, cuma dengan emas ini, anda tidak perlu la menyediakan stall di pasar malam, nanti kena samun susah pula, admin jadi mangsa, hehe..Tapi kalau dapat buka kedai emas, woww..untungnya berlipat kali ganda..hehe

Strategi untuk berniaga / untuk jadi trader ni senang je..Sekiranya ada pelanggan yang ingin beli emas, anda jualkan padanya..dan sekiranya ada yang ingin menjual emas, anda beli darinya..Senangkan? Tapi, dalam mana-mana perniagaan sekalipun, kita perlu mempunyai modal..Contoh :

Ada seorang pelanggan ingin menjualkan 5 dinar miliknya, dan kita sebagai peniaga, ingin membeli darinya..Tapi, manakan mahu proses jual beli itu dapat di selesaikan, sebab kita tidak mempunyai wang untuk membeli balik emas itu dari pelanggan tersebut..Anda faham dengan maksud admin kan?? Tapi ada caranya =)

Caranya bagaimana? begini caranya..

Sekiranya ada pelanggan ingin menjual emasnya kepada kita dan kebetulan pada masa itu kita tidak mempunyai wang, kita boleh lah pergi ke ar-rahnu dan memajak emas milik kita kepada ar-rahnu..dan duit pajak tersebut kita beli emas pelanggan tersebut..Kemudian ada orang bertanya admin..macam mana nak tebus balik emas kita di ar-rahnu?? jawapannya..emas yang kita baru sahaja beli dari pelanggan tadi kita simpan sehingga harga jual semula dapat memberi pulangan modal dan untung kepada kita dan sekaligus dapat membayar semula duit pajak + duit upah ar-rahnu..Contoh :

Ali (nama samaran) ingin menjual jongkong emas 50g nya kepada anda, harga emas (harga jual, sekiranya Public Gold,rujuk di PG BUY) pada ketika itu adalah RM 7000..Dan anda tidak mempunyai wang pada ketika itu..maka, anda pergi ke ar-rahnu, anda pajak emas milik anda sehingga mendapat RM 7000..sebagai contoh, anda memajak jongkong 100g anda, dan wang pajakan yang anda terima adalah RM9750..Maka anda boleh membeli emas dari pelanggan tersebut..

Selepas anda membeli emas tersebut, kini dalam tangan anda, anda mempunyai jongkong 50g + RM2750 (RM9750 - RM7000)..Apa yang perlu lakukan sekarang? anda hanya perlu tunggu harga emas naik sehingga harganya mampu membayar semula duit pajakan serta upah ar-rahnu..kemudian anda jual jongkong 50g itu dan anda tebus semula emas 100g milik anda di ar-rahnu =)

Gold trading  =)

Sekian, sedikit sebanyak ilmu yang boleh saya kongsikan bersama anda..bagi admin,Ilmu lebih bernilai dari emas..maka, belajarlah mengenai Ilmu Emas..

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi admin melalui SMS, Whatsapp dan We Chat..Dan sekiranya anda ingin membuat tempahan emas di Public Gold, anda boleh klik di sini..Atau anda ingin lebih senang, hubungi admin,nnt admin akan tolong anda untuk membuat tempahan =)

Moga anda berjaya dalam hidup anda, InsyaAllah =)