Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ilmu Emas ini..Admin doa kan agar pintu rezeki kita dibuka dan dipermudahkan rezeki bagi kita..InsyaAllah..
Mas Kahwin..
Adakah anda tahu bahawa dinar emas boleh dijadikan sebagai mas kahwin dalam perkahwinan Islam?? Menarik bukan? Dihadiahkan kepada isteri kita dengan emas yang bersinar dan pasti memikat hati seorang wanita tambahan pula wanita tersebut adalah pasangan hidup kita =)
Di sini admin sertakan nilai hantaran mengikut setiap negeri pada tahun 2013.
![]() |
Nilai mas kahwin mengikut negeri tahun 2013. |
Mengapa dibolehkan kita umat Islam menggunakan dinar emas sebagai hantaran..Hal ini disebabkan dinar emas merupakan matawang yang digunakan oleh umat Islam terdahulu..Makna kata, dinar emas adalah wang sebenar yang kalis inflasi tetapi kita semua telah dimanipulasikan supaya menggunakan duit kertas (duit fiat) untuk melaksanakan proses seharian kita..
Satu hadis diriwayatkan oleh Muslim:
Abu Salamah Ibnu Abdurrahman Radliyallaahu 'anhu berkata:
"Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a: 'Berapakah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.'
Ia berkata: 'Mas kahwin beliau kepada istrinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy'.
Ia bertanya: 'Tahukah engkau apa itu nasy?'
Ia berkata: 'Aku menjawab: Tidak'.
Aisyah berkata: 'Setengah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham'.
Inilah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kepada para isterinya."
Sudah terbukti bahawa penggunaan dinar dan juga dirham sebagai mas kahwin telah digunakan sejak zaman Rasulullah..
Jadi, berapa dinar yang diperlukan untuk dijadikan mas kahwin? sekiranya kita melihat semula pada nilai mas kahwin mengikut negeri, cukup dengan 1 dinar kita sudah boleh jadikannya sebagai mas kahwin..Kerana harga 1 Dinar sekarang adalah RM605..Maka, rancang sebaik-baiknya dihari berbahagia moga anda dan yang lebih penting pasangan anda berbahagia dengan pemberian oleh si suami =)
*** Tahukah anda ***
--> berat 1 dinar bersamaan dengan 4.25g
--> ketulenan dinar adalah 916 (22k)
--> harga tertinggi 1 dinar adalah RM800
Jadi, tidak rugi sekiranya anda membeli 1 dinar pada hari ini dan berhasrat untuk menyimpannya untuk dijadikan sebagai mas kahwin kerana harganya akan terus naik =)
Sekiranya anda berminat untuk membeli dinar atau jongkong, anda boleh klik DI SINI..atau anda boleh hubungi admin terus menerusi aplikasi whatsapp,wechat atau sms terus ke 019-4176418
Share sedikit mas kahwin teman =)
![]() |
Admin sudah beli 1 dinar untuk dijadikan mas kahwin..tapi admin sendiri tidak tahu bila tiba hari bersejarah tu =) |
No comments:
Post a Comment