Kejatuhan Harga Emas dan Perak.
Kepada mereka yang kerap mengunjungi laman web Public Gold pasti akan terkejut dengan penurunan harga emas yang mendadak..
![]() |
Harga emas pada 13 November 2013 |
Pengukuhan mata wang Amerika (USD) ini disebabkan oleh beberapa tindakan yang dilakukan oleh Amerika. Antaranya, Federal Reserve negaranya telah melaksanakan QE (Quantitative Easing), di mana mereka meneruskan usaha mencetak lebih banyak wang fiat untuk mereka membolehkan membayar hutang negara mereka yang telah mencecah siling (debt ceiling).
Bagi pembaca yang ingin mengetahui cerita lebih lanjut mengenai sistem monetary mereka, admin mencadangkan anda semua meluangkan masa untuk menonton video yang terdapat di website Hidden Secret Of Money.
Saya dah beli emas pada harga tinggi, APA PERLU SAYA LAKUKAN?
Kepada mereka yang telah membeli emas sebelum ini pada harga yang tinggi, tidak perlu gusar.. Terdapat beberapa cara / teknik untuk anda mengikut Risk Profile anda..
- Low Risk = Low Return
Low risk disini bererti anda tidak terjerumus ke lembah bahaya dimana caranya adalah anda hanya perlu tunggu sehingga harganya kembali naik. Disini keluarnya ayat yang sering kita dengar, Hold Your Gold.
- Medium Risk = Medium Return
Anda boleh menambah modal anda untuk membuat belian baru apabila harga yang rendah.
- High Risk = High Return
Anda boleh pajakkan emas anda dan membuat belian baru dengan menggunakan wang pinjaman tersebut. Tetapi ingin admin tekankan, Jangan menyalahgunakan atau memanipulasi sistem Ar rahnu yang menawarkan khidmat pajak gadai.. Gunakan bila hanya perlu.
Itu sahaja yang sedikit sebanyak admin boleh kongsikan, moga kita berjaya menjadi insan yang berjaya, dunia akhirat, insyaAllah =)
No comments:
Post a Comment