Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..Saya doakan agar kita sentiasa memperoleh rahmat dari Allah SWT dan moga urusan kita dipermudahkan..insyaAllah..
Baru-baru ni saya telah menghadiri ke satu seminar analisis teknikal yang dibuat oleh salah seorang pelabur jutawan Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pelaburan emas dan juga perak.
Sekiranya anda ingin menjadi seorang pelabur emas (Gold investor) anda perlu mengetahui setidak-tidaknya fundamental mengenai graf harga semasa bagi emas dan juga perak. Ini bertujuan untuk memastikan pergerakan harga emas semasa dan juga meramal pergerakan harga emas akan datang.
Anda secara tidak lansung akan dapat mengoptimumkan keuntungan pelaburan anda sekiranya anda dapat meramal pergerakan harga. Jadi, anda dapat mempersiapkan diri anda untuk menghadapi dan menyusun strategi untuk sebarang situasi akan datang.
Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai ilmu yang penuh di dada. Jadi, laburkan wang anda untuk mempelajari ilmu bagi mengurangkan risiko, tidak kira dalam apa jua, pelaburan, perniagaan mahupun pengurusan. Jangan lah kita terlalu percayakan orang ketiga untuk menguruskan keewangan kita kerana kita tidak tahu apa yang sebenarnya mereka lakukan pada wang kita. Dan dengan ilmu kita dapat mengelakkan diri kita dari permainan skim cepat kaya dan skim yang memudaratkan keewangan kita.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya melalui applikasi whatsapp, we chat ataupun terus telefon atau SMS ke 019 - 417 6418
Untuk memulakan pelaburan emas, anda boleh membuat belian secara online. Anda boleh rujuk panduan DI SINI
Sekian =)
No comments:
Post a Comment