Thursday, 3 October 2013

AR RAHNU BANK RAKYAT

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera kepada anda...Admin doakan agar anda berada dalam keadaan sihat dan murah rezeki...

PENGUMUMAN PENTING !!!

Mulai 1 OKTOBER 2013, pihak Ar Rahnu Bank Rakyat telah MENERIMA kembali emas jenis JONGKONG dan juga DINAR..Ini merupakan berita gembira bagi mereka yang menyimpan jongkong emas dan juga dinar..Sekiranya anda dalam keadaan terdesak dan kecemasan memerlukan wang, kini anda boleh CAIR kan emas anda di Ar Rahnu Bank Rakyat dan juga Ar Rahnu X'Change..

Dengan kata lain, kini KESEMUA produk Public Gold telah diterima oleh Bank Rakyat, ini susulan kualiti dan juga ketulenan emas yang dihasilkan Public Gold..

Setelah 2 tahun lebih mereka menghentikan pajakan emas jongkong berikutan dengan kes penipuan emas terbesar, kini mereka memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap produk Public Gold..

Jadi, tunggu apa lagi? kalau tiada duit untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan tiba, anda boleh lah membawa emas anda ke Ar Rahnu Bank Rakyat ataupun Ar Rahnu X'change

Perkara yang perlu anda bawa ketika hendak memajak emas anda adalah :

  • Emas (jongkong atau dinar)
  • Sijil pengesahan emas tersebut (bagi produk Public Gold, sijil pengesahan itu adalah kad yang berwarna merah bagi jongkong..berwarna hijau bagi dinar)
  • Resit pembelian
Surat Pekeliling mengenai pajakan produk emas Public Gold

Kini anda boleh memajak emas anda di Ar Rahnu Bank Rakyat

Jadi, pesan admin..Gunakan lah khidmat pajakan ini sebaik-baiknya..kerana jika anda tersalah langkah, akan membawa keburukan kepada anda..Uruskan wang anda dengan bijak =)

Akhir kata, selamat mencairkan emas anda dan berhati-hati dijalan raya..hehe..maklum lah, baru-baru ni admin kemalangan jalan raya..Be Safe !! =)

No comments:

Post a Comment